explorE

Sunday, 18 December 2011

6o tanda cinta makin pudar

"CINTA"
makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah .. tapi itu masa awal-awal kenal..sekarang camni la perangainya..bila cinta makin pudar

  1. Malas angkat telefon
  2. Mula bagi macam-macam alasan
  3. Buat buat macam-macam hal
  4. Asyik-asyik cakap malas, malas, malas…
  5. Bila ajak keluar, asyik-asyik kata dia busy, sibuk memanjang
  6. Mula keluar dating dengan pakaian yg selebet
  7. Sudah pandai bergurau secara kasar dan menyakitkan hati
  8. Bila tanya soalan, dia tak jawab & biarkan soalan tergantung tak bertali
  9. Lupa hari jadi
  10. Mula mengelakkan diri dari berjumpa
  11. Mula keluar dengan orang lain
  12. Dia dah tak kisah kalau tak jumpa. Sebulan tak jumpa pun tak apa
  13. Ada date, tapi lupa nak datang…bagi alasan lupa la apa laaa
  14. Jawab sms kalau dulu 10 patah, sekarang dah 1 patah. Tu pun ringkasan mcm ‘k’
  15. Dah tak layan macam dulu
  16. Apa kita buat semua tak betul dimata dia
  17. Ada saja kelemahan kita yang dia nampak
  18. Dia nampak kelemahan kita lebih dari melihat kebaikan
  19. Taip sms pun pendek-pendek jer
  20. Bila kita cakap i love u, dia balas ‘emmmmm’ jer
  21. Bila tanya tetibe jer dia nak melenting tak tentu pasal
  22. Bagi alasan kita ni terlalu baik macam malaikat dan tak sesuai dengan dia. Tapi masa mengorat dulu tak perasan pulak diri diea macam setan…huhu
  23. Bila ajak jumpa parent, macam-macam cara dia cuba mengelak
  24. Bila cakap pasal kahwin, dia buat tak serius. Cuba lari dari topik.
  25. Dia dah tak kisah apa jadi kat pasangan
  26. Kita yang beria-ria, tapi dia buat macam acuh tak acuh jer
  27. Susah nak senyum @ gurau @ gelak ketawa dengan kita
  28. Dia beri perhatian lebih pada orang lain…lebih suka kawan-kawan dia dari kita
  29. Dengan orang lain, dia boleh mengaku single
  30. Status kat facebook, dia letak ‘single’
  31. Langsung tak nak ambil tahu pasal kita, buat bodo jer. Dah tak tanya ‘dah makan ke belum?..tak macam dulu
  32. Kalau dulu keluar dating, pegang-pegang tangan. Tiba-tiba, dah tak nak pegang. Rimas katanya.
  33. Dulu-dulu pakai baju mesti nak matching, sekarang dah tak nak. Macam budak-budak. Buat poyor jer, katanya.
  34. Buat-buat lupa nak call atau sms kita
  35. Dulu kalau pergi toilet, pastu tak angkat tepon. Sekali check, ada miskol 30 juta kali. Tapi skang, nih ada 1 miskol pun dah cukup baik
  36. Ternampak dia berjalan dengan pompuan lain. Bil tanya, adik angkat jer jawabnya. Dulu-dulu tak tau pun dia ada adik angkat
  37. Kalau makan berdua, dulu kontrol-kontrol. Sekarang buruk lantaknya…huhuhu
  38. Dulu tersepak batu…batu yang salah. Sekarang, kalau tersepak batu, kita yang dipersalahkannya. Awal buta ker apa?, tengkingnya.
  39. Dila kita bercakap, dia pandang pompuan lain
  40. Bila ajak keluar, memanjang jer bagi alasan tak ada duit, sibuk kerja….
  41. Dulu panggil sayang, tapi tiba-tiba dah tukar jadi nama
  42. Sekarang dia dah jarang kontek kita.
  43. Bila kita tanya, dia jawab macam terpaksa je
  44. Sudah mula keluar perkataan BOSAN la, BORING la, TAK BEST la. Duduk rumah, tak keluar lagi best…
  45. Mula mempersoalkan bentuk badan kita…makin berisi lah…terlalu kurus lah…muka pucat lah…macam2
  46. Dulu kalau nak dating, bedezuupp datang…sekarang, ada jer alasan dia….jem lah, ape lah.
  47. Dulu masa gaji selamber jek dia bagitau kita. Sekarang ni, bila tanyea pasal gaji ” weh tu duit saya la….awak sebuk pesal ape??
  48. Dulu sanggup tolak ajakan kawan-kawan, sebab nak gi dating dengan kita. Tapi skang tolak ajakan kita nak gi dating sebab nak kuar dengan kawan-kawan katanya.
  49. Dia dah kurang ucapan ‘terima kasih’
  50. Cakap dalam fon pun tak lebih 5 minit. Dulu boleh pula berjam-jam, sampai panas fon.
  51. Bila bercakap pasal jodoh, boleh dia kata “Kalu ada jodoh, ade la. Kalau takde, kita takleh buat ape. Kite hanya merancang.” Dulu, boleh pulak dia kata “walau ape pn badai melanda, nk sehidup semati dengan awak…”
  52. Dulu kalau gi dating dia jemput & hantar balik. Sekarang, kena datang dan balik sendiri.
  53. Kalau call @ sms waktu malam, cepat-cepat dia cakap dah nak tidor. Padahal dok asyik bersms atau tengah tunggu call dari orang lain.
  54. Dulu-dulu, kalau dia salah, cepat jer dia cakap “Sorry awak”, “Maafkan saya awak”…Tapi sekarang, dah lah tak mengaku salah. Tak pernah minta maaf. Dia boleh salahkan kita lak. Padahal dia yang salah.
  55. Dulu mesti sebelum tidor, dia call kita dulu. Tapi skang, tak pun…alasannya, lupa la, penat la, dah tertidur la.
  56. Dulu asyik nak berkepit jer…pi makan sama, pi kelas sama. Tapi skang, dah rimas nak kuar sama.. seminggu sekali pun susah….nak masa untuk diri sendiri katanya.
  57. Dulu kalau ada kenduri kahwin saper2, cepat jer dia ajak kita. Skang, dia lebih rela pergi sorang-sorang.
  58. Dulu dia wangi selalu, sekarang ni asyik hamis jer bau nya…huhu
  59. Kita dah hantar 10 kali mesej, tapi dia esoknye baru reply!!!
  60. Dulu, bila nak pi mana-mana pun, dia akan bagitau kita. Tanya kita dah makan ke belum. Dia buat apa pun, dia cerita. Tapi skang, langsung takde khabar berita. Dia buat hal dia senyap-senyap. Langsung tak share dengan kita aktiviti dia.

sape yang rase pasangan korang banyak merujuk kepada perkara diatas .. berhati-hati la ye..

No comments:

Post a Comment